Skip to main content

KEPADA KETUA EDITOR/PENGARANG MEDIA CETAK/ELEKTRONIK

JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA: NASIB TERKINI ROHINGYA DI MAUNGDAW

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia atau Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) sedang memantau dengan dekat perkembangan terbaharu konflik di Maungdaw, Rakhine Myanmar susulan tercetusnya insiden pembunuhan 26 anggota masyarakat Muslim Rohingya setakat ini yang didakwa sebagai sebagai tindakbalas terhadap kematian 9 anggota pasukan keselamatan Myanmar baru-baru ini. Tindakbalas tersebut tidak bersandarkan siasatan telus dan bersifat arbitrary (sewenang-wenangnya).

Kejadian tersebut telah mencetuskam konflik kemanusiaan terbaharu yang sangat serius dan menyebabkan masyarakat Muslim rohingya terus-menerus ditindas dan dinafikan hak asasinya. Justeru, CENTHRA mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut serta berhasrat menegaskan beberapa pendirian dari aspek undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia bagi menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menghentikan kejadian pembunuhan tersebut.

Sehubungan itu, CENTHRA dengan rendah diri ingin menjemput tuan/puan untuk membuat liputan media di sidang media tersebut seperti maklumat berikut:

Tarikh : 17 Oktober 2016 (Isnin)
Masa : 3 petang
Tempat : Ibupejabat CENTHRA, Suite 1.1A, Ground Level, Block A, Chancery Place, Diplomatic Precinct, Precinct 15, 62000 Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai sidang media ini, sila hubungi Ibupejabat CENTHRA (Tel: 03-88617707). Semoga jemputan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih.

#centhramalaysia

Source