Skip to main content

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2121958014550125&id=480621232017153









YDP YADIM BERTEMU KETUA-KETUA KLUSTER MAJLIS AMAL ISLAMI MALAYSIA

PUTRAJAYA : Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz hari ini (24 Januari 2019) mengadakan pertemuan sulung dengan ketua-ketua Kluster Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM.

Pertemuan ini sangat penting untuk bersilaturrahim antara ketua-ketua kluster ini serta merencana gerak kerja awal di bawah kepimpinan baru YADIM. Timbalan yang Dipertua YADIM Ustaz Zolkharnain Abidin dan Pengurus Besar Operasi Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin juga hadir dalam pertemuan ini.

Mesyuarat ini juga telah membuka peluang kepada ketua-ketua kluster ini memberikan pandangan dan cadangan, kepada pihak YADIM untuk berperanan sebagai badan yang dapat menyatukan pelbagai NGO untuk bergerak dalam kerja dakwah membantu pihak kerajaan yang merentasi sempadan politik.

Semoga pertemuan ini memberikan impak positif kepada penyatuan ummah dan ketaqwaan.

#yadimMy #dakwah #sayangiYadim #sayangiMalaysiaku #rahmatanlilalamin #fastabiqulkhoirot #BPPN #PYDP

Source – Centhra Facebook Page