Skip to main content

https://www.facebook.com/MACSA2018/posts/2292993827377691?__tn__=K-R


Jemputan Sidang Media
Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA)

(for English, scroll down)

Dengan takzim dan suka cita, Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA) menjemput pihak media untuk menghadiri sidang media yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 25 Oktober 2018 (Khamis)
Waktu : 3 petang
Tempat : Hotel Tamu, Kg Bharu, Kuala Lumpur
Perkara : Pendirian berkenaan isu-isu berbangkit hak asasi manusia, seperti LGBT, kebebasan beragama, dan kemungkinan ratifikasi instrumen-instrumen hak asasi antarabangsa oleh Malaysia serta pemeliharaan kedudukan istimewa Bumiputera.

MACSA ialah badan gabungan yang bukan sahaja memberi tumpuan khusus kepada pembelaan dan penelitian seputar isu-isu hak asasi manusia mengikut acuan agama dan budaya Malaysia, bahkan memperbetulkan naratif hak asasi yang menyimpang oleh gabungan hak asasi seperti COMANGO.

MACSA sehingga kini dianggotai oleh 52 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara, yang telah bekerja keras mengangkat isu hak asasi dalam Proses UPR.

Dalam Sidang Media tersebut, kami akan turut menyentuh usaha dan keterlibatan MACSA dalam pusingan ketiga proses semakan berkala sejagat (Universal Periodic Review) bagi Malaysia, di mana tahap amalan Malaysia berkaitan isu-isu hak asasi Manusia akan disemak oleh negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam prosiding Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada 8 November 2018.

MACSA telah menyediakan dan menyerahkan Laporan Hak Asasi Manusia pihak berkepentingan kepada Majlis Hak Asasi Manusia pada 29 Mac lalu, yang menyentuh tujuh perkara utama, iaitu (a) hak warga tanpa negara dan pelarian; (b) hak orang kurang upaya; (c) isu-isu seputar LGBT; (d) menghentikan diskriminasi atas dasar kepercayaan dan kebebasan beragama; (e) wanita, kanak-kanak dan seksualiti; (f) menghentikan diskriminasi ke atas hak keibu-bapaan Mualaf; dan (g) hak kebudayaan serta perpaduan kebangsaan.

MACSA berpendirian bahawa sebarang bentuk syor hak asasi yang hendak diterima pakai untuk dilaksanakan di Malaysia (atau yang ditolak untuk tidak dilaksanakan), mestilah, selain mengambil kira instrumen hak asasi manusia di peringkat antarabangsa — seperti Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (Universal Declaration of Human Rights 1948 atau ringkasnya UDHR), Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam 1990 (Cairo Declaration on Human Rights in Islam 1990 atau ringkasnya CDHRI) dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN 2012 (ASEAN Human Rights Declaration 2012 atau ringkasnya AHRD) — juga perlu dipastikan selaras dan mematuhi undang-undang serta adat dan tradisi di Malaysia, terutamanya Perlembagaan Pesekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri-Negeri, serta kedudukan dan kedaulatan negeri-negeri yang sedia termaktub dalam Perlembagaan.

Justeru, dengan hasrat dan objektif yang sedemikian itu, MACSA akan menghantar satu delegasi yang terdiri daripada lapan orang aktivis hak asasi manusia, yang termasuk di antaranya ahli akademik, pengamal undang-undang, doktor perubatan serta pakar-pakar skop bidang tertentu hak asasi manusia, ke Geneva pada 5 hingga 9 November 2018. Selain dari menghadiri proses semakan di Palais des Nations, delegasi MACSA akan turut bertemu dengan para perwakilan pelbagai negara, bagi menyampaikan suara dan hasrat MACSA berkenaan realiti dan keadaan hak asasi manusia di Malaysia.

Azril Mohd Amin
Pengerusi Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA)

Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar
Pengerusi Bersama MACSA

* * * * * * * * *

Invitation to Press Conference
Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA)

The Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA) would like to cordially invite the press to a press conference, as follows:-

Date : 25th October 2018 (Thursday)
Time : 3 p.m.
Venue : Hotel Tamu, Kg Bharu, Kuala Lumpur
Subject Matter : Our stand on human rights issues, particularly pertaining to LGBT, freedom of religion and the possibility of Malaysia to ratify core international human rights instruments, and the need to preserve the Bumiputera special position.

MACSA is a coalition of 52 civil society organisations across the nation, with the specific aim of studying and advocating human rights issues in Malaysia based on the local context, taking into account diverse cultural and religious sensitivities, principles failed to be observed by coalitions like COMANGO.

The press conference will be covering MACSA’s involvement in the upcoming 3rd Cycle of the Universal Periodic Review (UPR) for Malaysia, wherein Malaysia’s human rights practices will be scrutinised by United Nations (UN) member countries at the Human Rights Council in Geneva, this coming 8th of November 2018.

MACSA have prepared and submitted its stakeholder’s report on the human rights issues in Malaysia to the Human Rights Council in March this year, covering seven main issues, namely (a) rights of stateless persons and refugees; (b) rights of persons with disabilities; (c) issues surrounding LGBT; (d) combating discrimination based on belief and freedom of religion; (e) children and sexuality; (f) combating discrimination against parental rights of Muslim reverts; and (g) cultural rights and national unity.

It is MACSA’s stand that any recommendation accepted and implemented (or rejected and not implemented) by Malaysia for the upcoming UPR, must, in addition to upholding international human rights instruments such as the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) and the Cairo Declaration on Human Rights in Islam (CDHRI), also be in tandem with Malaysia’s own laws and customs, particularly with the Federal Constitution and the and positions of the States existing within the Federation.

With such an aim and framework in mind, MACSA will be sending a delegate of eight human rights defenders consisting of academics, legal practitioners, a medical doctor as well as experts on various human rights subjects, to Geneva from the 5th to the 9th of November 2018. Apart from attending the review session at the Palais des Nations, the delegates will also be meeting and speaking to reps from various countries to brief and inform them of the realities and human rights conditions in Malaysia.

Azril Mohd Amin
Chairman, Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA)

Associate Professor Dr. Rafidah Hanim Mokhtar
Co-Chairperson, MACSA

Latest list of Civil Society Organisations in the MACSA coalition:-

Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) | Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) | Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) | Islamic and Strategic Studies Institute Berhad (ISSI) | Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK) | Darul Insyirah | Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) | Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) | Concerned Lawyers for Justice (CLJ) | Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HARUM) | Gabungan Peguam Muslim Malaysia (i-PEGUAM) | Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) | Majlis Ittihad Ummah | Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) | Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) | CONCERN (Coalition of Sabah Islamic NGOs) | Harakah Islamiah (HIKMAH) | Lembaga Al-Hidayah | Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) | Sarawak Halaqah Kemajuan Muslim Sarawak (HIKAM) | Pertubuhan IKRAM Negeri Sarawak | Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sarawak | Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak Yayasan Ikhlas Sarawak | Persatuan Ranuhabban Akhi Ukhti (PRAU) | Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) | Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) Sukarelawan Al-Falah YADIM Sarawak | Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya (PERKEMAS) | Young Professionals | Pertubuhan Damai & Cinta Insani (PENDAMAI) | Yayasan Ihtimam Malaysia | Persatuan Amal Firdausi (PAFI) | Persatuan Jihad Ekonomi Muslim Bersatu Malaysia Yayasan Himmah Malaysia (HIMMAH) | Persatuan Syafaqah Ummah (SYAFAQAH) | Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran | Kebangsaan (PINTA) | Malaysian Lawyers Circle (MLC) | Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya (PERKEMAS) | The International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) | Centre for Alternative Policies in Economics (CAPE) | Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) | International Relations and Diplomacy Committee, Malaysian Youth Parliament (PBM) | Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM) | WADI Malaysia | Human Security and Peace Scholars Network (HOPE) | Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) | Jaringan Muslim Pulau Pinang |Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (PENGGERAK Malaysia) | Persatuan Indahnya Islam |Persatuan Kebajikan Bajaulaut, Semporna Sabah (PERKEBAL)

Source – Centhra Facebook Page