[gap height=”30px”] kembali-button

Kembali

[gap height=”30px”]

HAK-HAK WARGA EMAS

Hak Warga Emas – Mengikut unjuran PBB (2009), Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15% daripada jumlah penduduk. Ini bermakna Malaysia akan menjadi negara tua menjelang Rancangan Malaysia ke-14. Warga tua didefinisikan di Malaysia sebagai seseorang mencecah usia persaraan iaitu 55 atau pilihan persaraan 56 tahun, dan secara amnya merujuk kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Menyedari hakikat ini, Kerajaan telah mengambil langkah persediaan awal untuk menangani isu penuaan penduduk dengan penggubalan Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995. Melalui dasar itu, hak warga emas dibahagikan secara khusus untuk penumpuan dan penyelarasan oleh kerajaan yakni kepada pendidikan, pekerjaan, penyertaan dalam masyarakat, riadah, pengangkutan, perumahan, sistem sokongan bagi keluarga, kesihatan, keselamatan sosial dan lain-lain.

 
 

Verification