[gap height=”30px”]
Kembali
[gap height=”30px”]KESELAMATAN AWAM
Deklarasi Hak Manusia Sejagat (UDHR) 1948 dalam perkara 3 menyebut setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan juga keselamatan diri selain perkara 22 yang menerangkan setiap orang sebagai anggota masyarakat adalah berhak kepada keselamatan sosial. Oleh itu, hak asasi manusia dan keselamatan awam adalah perkara yang mendukung satu sama lain yakni sekiranya keselamatan awam terjamin ia merupakan aspek ideal dalam persoalan hak asasi manusia dan sebaliknya. Keselamatan turut meliputi aspek fundamental asasi sepeti kesihatan, maruah, makanan, air dan sebagainya.