Kembali
[gap height=”30px”]HAK-HAK KANAK-KANAK
Hak Kanak-Kanak – Hak asasi kanak-kanak sejagat telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Children’s Rights Convention (CRC) pada tahun 1989. Malaysia telah terima pakai CRC kecuali mengekalkan reservasi terhadap Fasal 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28 (1) (a) dan 37 kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan negara kita (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia). Menurut CRC, hak utama kanak-kanak yang harus dilindungi adalah: hak untuk hidup; hak memperoleh perlindungan; hak berkembang dan terakhir hak penyertaan. Lantas, bagi memastikan mereka tidak terabai di dalam arus kehidupan masa kini yang penuh cabaran, hak asasi kanak-kanak perlu dihormati dan dilindungi dalam aspek yang berikut; penjagaan; pendidikan; kemudahan asas; advokasi; perundangan & pekerjaan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak.