[gap height=”30px”] kembali-button

Kembali

[gap height=”30px”]

HAK-HAK PERUNDANGAN & SISTEM KEADILAN

Hak Perundangan & Sistem Keadilan – Dalam memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam pentadbiran, sistem perundangan dan keadilan merupakan mekanisme kerajaan yang paling ampuh untuk dipelihara agar terjaga kejituan dan keutuhan undang-undang di negara ini. Ia merupakan intipati penting dalam susur galur pentadbiran negara kerana tanpa undang-undang yang adil ditegakkan maka akan terjadinya suasana masyarakat yang tidak harmoni dan tidak aman malahan mewujudkan ketidakpercayaan masyarakat terhadap sistem perundangan negara. Oleh sebab itu, sistem perundangan yang adil harus sentiasa ditegak tanpa ada diskriminasi ataupun pengecualian istimewa terhadap orang-orang tertentu dan sebagainya. Selagi berlandaskan perlembagaan negara dan tidak menindas hak asasi manusia, sistem perundangan dan keadilan yang efisien dan telus diperlukan bagi menegakkan undang-undang di negara ini.

 
 

Verification