Kembali
[gap height=”30px”]HAK-HAK PENGANGKUTAN
Hak-Hak Pengangkutan – Pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi seseorang untuk menerokai sesebuah kawasan baik luar bandar mahupun dalam kawasan bandar sesak. Sistem pengangkutan awam adalah perkhidmatan pengangkutan penumpang bersama yang sedia untuk digunakan oleh masyarakat umum, di antaranya teksi, bas, LRT, keretapi, feri dan kapal terbang. Pengangkutan awam tidak dapat dielakkan bagi kemajuan sesebuah Negara. Ia penting kepada semua orang terutamanya bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Pengangkutan awam juga merupakan satu aspek yang penting bagi industri pelancongan di sesebuah negara sedang membangun seperti Malaysia. Pelancong bergantung kepada pengangkutan awam untuk menjelajahi sekitar Malaysia. Satu faktor yang penting berkaitan pengangkutan awam bagi pengguna ialah akses kepada pengguna iaitu sistem pengangkutan awam yang boleh diguna dan diakses oleh semua orang, termasuk OKU, wanita mengandung, warga emas, orang berjalan dengan troli atau kereta bayi dan lain-lain.