Kembali
[gap height=”30px”]HAK-HAK KERAHSIAN MAKLUMAT PERIBADI
Hak Kerahsiaan Maklumat Peribadi – Kerahsiaan maklumat peribadi merupakan perkara fundamental hak asasi manusia yang telah diiktiraf UDHR 1948, dan pelbagai triti antarabangsa yang lain. Khususnya dalam era moden ini, kerahsiaan ini meliputi aspek maruah manusia dan berbagai nilai teras seperti kebebasan untuk berpersatuan selain kebebasan bersuara. Di dunia, negara-negara banyak menegakkan isu ini melalui perlaksanaan undang-undang yang turut merungkai kesan selain aktor-aktor terlibat dan akibat daripada kepenggunaan maklumat peribadi secara salah dan terutama di kala resam globalisasi yang rakus menjalar pembangunan teknologi, maka cabaran ke atas melindungi maklumat peribadi kian rumit. Oleh itu, melalui penegakan undang-undang yang meliputi aspek ini sangat penting dalam memastikan ancaman kepada penggunaan maklumat peribadi (jenayah dan lain-lain) dapat dibasmi selain menegakkan keadilan dan hak asasi manusia.