Kembali
[gap height=”30px”]HAK-HAK ALAM SEKITAR
Hak-Hak Alam Sekitar – Manusia secara mudah dikategorikan sebagai penyumbang utama kepada krisis alam sekitar di samping faktor bencana alam. Ini ditambah pula kejadian bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan kebakaran hutan, yang hakikatnya turut disumbangkan secara tidak langsung oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal. Isu ini telah menarik perhatian banyak pihak termasuklah badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dalam bersama-sama memperjuangkan masa depan alam sekitar. Lantaran itu, ada yang menyuarakannya melalui pendidikan, undang-undang, politik, malah tidak ketinggalan juga yang melaungkan kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen dan aktiviti-aktiviti mesra alam. Permasalahan alam sekitar turut mendapat tempat di kalangan pendukung hak asasi manusia, malahan dalam konteks global isu alam sekitar telah menjadi perkara utama bagi PBB melalui agensi kawal selia Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) bagi memastikan kelestarian alam sekitar di peringkat global.