[gap height=”30px”] kembali-button

Kembali

[gap height=”30px”]

HAK-HAK ORANG TAHANAN

Hak Orang Tahanan – Bilangan orang mati dalam tahanan di Malaysia sejak 2000-2014 telah melangkaui jumlah 242 dan hasil siasatan pihak berkuasa bahawa hanya dua kematian berpunca daripada pihak berkuasa, nyata membimbangkan. Yang pasti, jumlah kematian dalam tahanan polis di Malaysia merupakan antara yang tertinggi malahan perkara ini menjadi kebimbangan dan perhatian orang awam. Oleh itu, timbul isu dan persoalan tentang hak sebagai banduan termasuk soal kesihatan, makanan, kebajikan dan juga hak untuk bersolat selain keadaan persekitaran penjara. Ini kerana menurut Prinsip Asas PBB bagi Rawatan Banduan (1990) banduan seharusnya mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan negara ini tanpa diskriminasi di atas kesalahan undang-undang yang dilakukan.

 
 

Verification