Kembali
[gap height=”30px”]HAK-HAK LGBT
Hak LGBT – Komuniti ini (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual) LGBT mempromosi Orientasi Seksual dan Identiti Gender (SOGI) serta penerimaan nilai-nilai sejagat dalam menyokong usaha tersebut dan supaya diterima negara-negara terlibat. Secara amnya, pergerakan menuntut hak asasi untuk golongan ini adalah sebenarnya suatu ‘non-issue’ di dunia Islam, kerana golongan ini bukan sahaja tidak dilihat terang-terangan di jalan raya, sehinggalah pergerakan ini timbul lalu melaungkan soal diskriminasi minoriti. Kini ada usaha menamakan mereka ini sebagai sebuah “komuniti”, seperti mana dilakukan pergerakan menuntut hak oleh sekutu-sekutu mereka di Barat. Tambahan lagi, di Barat, menyokong pergerakan menuntut hak homoseksual ini seolah-olah menjadi satu syarat untuk seseorang itu diiktiraf sebagai pejuang hak asasi.