Kembali
[gap height=”30px”]HAK-HAK KEWANGAN
Hak-Hak Kewangan –Ia berkait rapat dengan tanggungiawab bank kepada pelanggan dan hak-hak sesebuah bank. Ini kerana kebanyakan hak dan tanggungjawab tersebut tidak dinyatakan dalam akta secara jelas tetapi kebanyakkannya adalah dari kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. Antara tanggungjawab bank adalah untuk bertindak sebagai ejen bila membayar cek bagi pihak pelanggan, merahsiakan akaun pelanggan dan menyediakan buku akaun atau penyata akaun pada pelanggan.Bank pula berhak untuk mencantum atau membuat tolakan terhadap akaun pelanggan dan ia ada hak lien bagi sesetengah akaun pelanggan. Bank perlu tahu dan sedar tanggungawabnya dan hak-haknya terhadap pelanggan untuk memastikan tanggungjawab itu dijalankan dengan sempurna dan misalnya, bagi mengelakkan dari disaman oleh pelanggan kerana kecuaian bank terhadap tanggungiawabnya diputuskan oleh mahkamah selain hak pelanggan, penjamin dan lain-lain.