Kembali
[gap height=”30px”]HAK-HAK KESELAMATAN
Hak Keselamatan – Setiap manusia sentiasa mahu berasa selamat dari ancaman baik dari luar negara mahupun dalam negara. Dalam perlembagaan Malaysia, artikel 3 menyebut bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin. Berasa selamat dan bebas dari kemahuan dan juga bebas dari ketakutan. Laporan UNDP 1994 menerangkan tentang keselamatan insan, menyatakan keselamatan harus dilihat dari sudut insan (individu) dan bukanlah semata-mata negara yang menentukan. Selain itu, ia turut meliputi aspek keselamatan makanan, politik, komuniti, ekonomi, alam sekitar, individu dan kesihatan. Maka jika peletakkan keselamatan dalam sudut insan, ia lebih meluas serta holistik selain lebih menjamin keselamatan individu dalam kehidupan berkomuniti dalam aspek kehidupan yang teratur dan selamat.