Kembali
[gap height=”30px”]HAK-HAK AGAMA
Hak Agama – Apabila berbicara soal hak asasi manusia ia tidak dapat lari dari aspek kehidupan beragama yang menjadi tunjang buat manusia dalam sehari-hari. Kebebasan beragama merupakan prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat untuk mengamalkan agama atau kepercayaan secara tertutup atau terbuka. Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut apa-apa agama. Dalam negara yang mengamalkan kebebasan beragama, agama-agama lain bebas diamalkan dan pemerintah tidak menghukum atau menindas pengikut kepercayaan yang lain daripada agama rasmi. Perkara 18 dalam Kovenan Antarabangsa PBB tentang Hak-Hak Sivil dan Politik menyatakan dasar yang menafikan kebebasan seseorang untuk mengamalkan agamanya adalah satu kezaliman rohaniah. Kebebasan beragama merupakan satu konsep perundangan yang berkaitan, tetapi tidak serupa dengan toleransi agama, pemisahan di antara agama dan negara, atau negara sekular (laïcité). Di Malaysia, kehidupan dan hak beragama merupakan satu perkara yang sensitif dan ia dikawal selia oleh pelbagai tapisan dan lapisan peringkat kerajaan dan oleh agensi kerajaan.