“MyAqsa teruskan inisiatif di ICC” di ruangan Komentar, BH ms 11 17 Mei 2019 #s…
“MyAqsa teruskan inisiatif di ICC” di ruangan Komentar, BH ms 11 17 Mei 2019 #savepalestine #ICC #myaqsa #centhramalaysia
“Dalam konteks usaha MyAqsa, sikap bijaksana dan berprinsip umat Islam dalam menggunakan mekanisme-mekanisme hak asasi manusia, serta peranan kita dalam usaha menekan institusi-institusi ‘keadilan’ antarabangsa seperti Majlis Hak Asasi Manusia, PBB (UNHRC) dan ICC dapat dizahirkan. Untuk mengatakan bahawa institusi-institusi tersebut seratus peratus perlu ditolak adalah suatu pendirian yang sukar diterima, melainkan kesemua 57 anggota negara-negara OIC benar-benar kukuh bersatu, berkongsi pandangan alam Islam yang sama dan bermuafakat di dalam idea dan tindakan. Tetapi dewasa ini hal tersebut tidak mungkin dapat dicapai secara total, walaupun pada hakikatnya kita semua berkongsi panduan dan agenda akidah, syariat dan akhlak yang sama. Maka, menggunakan saluran kontemporari sedia ada merupakan salah satu cara untuk umat Islam mendapatkan keadilan.
Khususnya dalam konteks Palestin, apabila hak mereka dinafikan dari segenap aspek, maka ICC merupakan hanya satu saluran untuk menzahirkan kebenaran tentang kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia yang sedang dihadapi mereka.”
Source – Centhra Facebook Page