Mei 2019 – Lokakarya MACSA bersama NGO Pulau Pinang. Lokakarya telah diadakan …
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2599886813355056&id=1911478225529255
3-4 Mei 2019 – Lokakarya MACSA bersama NGO Pulau Pinang.
Lokakarya telah diadakan bersama Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan, Negeri Pulau Pinang anjuran MACSA bersama Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN) dan Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) bagi membincangkan isu-isu pasca UPR, khususnya berkenaan isu-isu hak asasi manusia, undang-undang berkaitan dan strategi perlaksanaan syor-syor penambahbaikan.
Sub tema yang menjadi fokus pada Focus Group Discussion atau Perbincangan Kumpulan Terfokus (FGD) ini ialah Hak-hak sivil dan politik, Hak-hak ekonomi, sosial dan budaya, Hak-hak Wanita, kanak- kanak dan isu kesamarataan gender, Obligasi dan instrumen antarabangsa bagi Malaysia, Perpaduan nasional, Hak Orang Kurang Upaya, Kerangka Hak Asasi Manusia Nasional dan Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs).
Antara isu yang diketengahkan termasuk dasar perumahan yang tidak mesra rakyat eg rumah kos rendah yang sangat rendah mutu, rumah terlalu mahal yang tidak mampu dibeli oleh golongan B40, diskriminasi dalam kelulusan pinjaman perumahan, kes-kes dimana majikan tidak mengizinkan solat Jumaat/solat 5 waktu, isu azan, isu pembangunan yang tidak adil yang menyebabkan penempatan umat Islam semakin kurang, sehingga masjid2 terpaksa buat giliran solat Jumaat.
Sesi FGD pada hari kedua berjaya menghasilkan matriks tindakan bagi membantu MACSA bersama-sama memperkukuh inisiatif pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan yang terlibat dalam usaha penyelidikan, pemantauan dan pelaporan UPR bagi tempoh beberapa tahun akan datang.
Sesi dipimpin oleh Tuan Hj. Zainal Abidin Shaik Zakaria, peguam kanan dan aktivis MACSA bersama Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar Pengerusi Bersama MACSA, Tuan Aidil Khalid, peguam & aktivis Concerned Lawyers for Justice, Tuan Akbar Abd Rahman Pengerusi CAPE, Puan Sukma Abdul-manaf Presiden Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita Malaysia (WADI Malaysia), dan Tuan Rizal Jaapar dari Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM).
#uprmalaysia2018 #Macsa
Source – Centhra Facebook Page