Hari ini berkesempatan mengunjungi Tuan Yang Terutama Walid Abu Ali, Duta Besar …
Hari ini berkesempatan mengunjungi Tuan Yang Terutama Walid Abu Ali, Duta Besar Palestin ke Malaysia, yang memaklumkan keadaan terkini keadaan di Gaza susulan serangan bertalu-talu rejim Israel, yang mengakibatkan lebih 300 kecelakaan dan tidak kurang 30 kematian. Menurut beliau Palestin bersendirian oleh kerana dunia berdiam diri terhadap kebiadaban tindakan terkini Israel di awal Ramadhan. Malah, kebanyakan negara khususnya sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat, membela tindakan Israel yang didakwa mempertahankan ‘tanahair’ mereka, lantas menafikan nasib rakyat Palestin yang pada hakikatnya menjadi mangsa sebenar kekejaman rejim tersebut.
Saya juga memberikan taklimat kepada TYT mengenai inisiatif pendakwaan Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) melalui resolusi 2334 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) susulan misi ke ICC The Hague, Belanda tempoh hari #ICC #Resolution2334
Source – Centhra Facebook Page