11 Julai 2019 – #MACSA bersama-sama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Malaysia (SU…
11 Julai 2019 – #MACSA bersama-sama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Malaysia (SUHAKAM) telah menganjurkan Bengkel Pengenalan kepada Konvensyen PBB bagi Menentang Penyeksaan Dan Layanan Atau Hukuman Lain Yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan Atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) dengan kerjasama Association for the Prevention of Torture (APT), Geneva.
Bengkel ini membuka ruang dialog kepada wakil pertubuhan Islam bukan Kerajaan untuk mempelajari aspek-aspek penting mengenai UNCAT, serta mengemukakan persoalan-persoalan tentang konvensyen tersebut khususnya berkaitan fungsi, mekanisme, kesan ratifikasi dan perlaksanaan.
Bengkel ini merupakan sebahagian inisiatif dialog bagi memperkukuh kefahaman aktivis pertubuhan Islam bukan Kerajaan tentang instrumen hak asasi manusia antarabangsa, disamping meneruskan kerjasama dengan organisasi seperti #suhakam dan #APTGeneva dalam menyampaikan pendirian dan perspektif Islam terhadap sesuatu isu hak asasi manusia yang menjadi fokus #MACSA #centhramalaysia #hakasasimanusia @ SUHAKAM (Human Rights Commission of Malaysia)
Source – Centhra Facebook Page